Generasi Ajaib Turki Piala_Dunia_FIFA_2002

Pasukan Turki mengejutkan ramai pihak kerana kali terakhir mereka layak ialah edisi 1954 !! 48 tahun sebelum itu. Selepas itu mereka tidak pernah layak ke Piala Dunia Fifa sehinggalah ke edisi 2002. Pasukan Turki ini bolehlah dianggap ' Generasi Ajaib ' kerana mereka hanya menjadi pada kejohanan ini dan kecemerlangan itu tidak diteruskan di edisi berikutnya, 2006,2010,2014 dan 2018 dimana mereka gagal layak.

Pasukan Turki ini dibarisi pemain-pemain berpengalaman bermain di pentas domestik Eropah. Ada diantara mereka beraksi untuk generasi emas Galatasaray tahun 2000 dimana kelab itu menumpaskan gergasi Inggeris, Arsenal pada final UEFA Cup (kini Europa League) sekaligus melengkapkan koleksi treble mereka. Liga Domestik, Piala Turki dan Piala UEFA. Nama-nama seperti Okan Buruk, Hasan Sas,Bulent Korkmaz, Emre Belozoglu,Umit Davala,Hakan Sukur,Hakan Unsal,Fatih Akyel dan Ergun Penbe adalah pemain skuad Galatasaray musim 1999/2000 dan mereka juga berada dalam skuad generasi ajaib Turki 2002.

Dibawah bimbingan Senol Gunes mereka diletakkan satu kumpulan dengan calon Juara, Brazil. Pertemuan dengan Brazil menyaksikan Hasan Sas mengejutkan finalis 1998 sebelum gol Ronaldo dan Rivaldo menafikan 3 mata Turki. Turki layak dengan jayanya perbezaan gol ditempat kedua walaupun terikat mata 4-4 dengan Costa Rica di tangga ketiga. Hasil seri 1-1 Costa Rica dan 3-0 China.

Di pusingan kedua, Turki bertemu tuan rumah, Jepun dan menang 1-0 dari jaringan Umit Davala, menamatkan kempen cemerlang Samurai Biru dikejohanan ini. Hasil kecekapan Rustu Recber lah menjadi punca mengapa Turki bermain begitu baik di kejohanan ini apabila mereka berjaya mengekalkan clean sheet/ rekod tanpa bolos sejak bertemu China. Mereka menang 1-0 hasil gol emas ilhan Mansiz menentang pasukan Afrika, Senegal di suku akhir dan layak buat kali pertama ke Separuh Akhir sebelum kembali bertemu Brazil, pasukan yang sama menewaskan mereka di peringkat kumpulan. Turki kecundang tipis 1-0 hasil jaringan Ronaldo. Penyerang yang kembali menemui sentuhan emasnya setelah bergelut dengan kecederaan ligamen lutut putus selama 2 tahun. Biarpun tewas, Turki dianggap sebagai wira kerana mereka bermain tanpa sebarang keputusan kontroversi dan hanya bakal juara, Brazil sahaja yang bisa menghentikan mereka.

Turki bermain menentang pasukan tuan rumah, Korea Selatan. Ironinya, Turki juga adalah pasukan yang sama menyingkirkan satu lagi tuan rumah, Jepun. Bermakna 2 tuan rumah dikalahkan oleh 1 pasukan yang sama ! Turki tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol. Sebaik saja sepak mula dalam masa 34 Hakan Sukur telah menjaringkan gol hasil kealpaan pertahanan Korea Selatan yang gagal menyimpan bola dengan baik. Lebih manis lagi gol Hakan Sukur itu gol sulungnya di kejohanan itu dan kekal gol terpantas dalam sejarah penganjuran Piala Dunia Fifa hingga ke hari ini.

Korea Selatan tidak mahu menghampakan harapan penyokong mereka, sepakan percuma terus diambil Lee Eul Yoong menerjah jaring Rustu Recber pada minit ke 9. Mungkin juga antara gol sepakan bebas kaki kiri pemain bernombor 13 itu yang menarik dihasilkan di edisi ini selepas gol lencong Ronaldinho yang melepasi kepala David Seaman. Turki tidak menunggu lama untuk menjarakkan kedudukan hasil gerakan 1-2 Hakan Sukur dan Ilhan Mansiz membuahkan jaringan pada minit ke13 Turki mendahului 2-1.

Sekali lagi gerakan 1-2 Turki berhasil, hantaran jauh Rustu mencari kepala Hakan dan bola tandukan ditanduk kepada ilhan sebelum dia memberi semula bola ke Hakan dan dengan bersahaja Hakan melorongkan bola ke belakang untuk ilhan mengutip dan memperdayakan pertahanan Korea sebelum dia membawa bola masuk ke kotak penalti melambungkan bola melepasi Lee Won Jae gollll ilhan mansiz 3-1 Korea Selatan !!. Satu mimpi buruk buat Korea kerana sebelum itu mereka bermain habis-habisan untuk tidak dibolosi dan tidak pernah dibolosi 3 gol dalam 45 minit pertama.

Cukup menarik perlawanan ini kerana biarpun tidak layak ke final, masing-masing mahu membuktikan siapa lebih baik dalam mencipta rekod baru di kejohanan ini. Korea Selatan pastinya paling mencuri perhatian kerana mereka satu kumpulan dengan Portugis, bertemu Itali di pusingan kedua sebelum ke suku akhir bertemu Sepanyol dan di separuh akhir mereka dikecewakan oleh jaringan Michael Ballack. Turki pula pastinya mahu edisi ini diingati oleh setiap warga mereka kerana sudah 48 tahun mereka tidak layak ke Piala Dunia dan semua ini seakan mimpi apabila mereka cuma selangkah ke final dan kini pula bertarung untuk menjadi pasukan ketiga terbaik dunia.

Babak kedua bermula, tiada apa yang menarik melainkan Rustu Recber memakai celak di bawah matanya. Song Chong Gug melakukan rembatan terus ke pintu gol tetapi terkena punggung Cha Du Ri bernombor 16 dan jurang menjadi 2-3, tetapi sudah terlewat untuk menghalang Turki dan Korea menutup sayembara agung mereka di tempat ke 4. Turki pula boleh berbangga ditempat ke 3 dan hanya tewas kepada Brazil, yang bergelar juara edisi itu dan tiada siapa mampu meramal mereka mampu pergi sejauh ini.

Rujukan

WikiPedia: Piala_Dunia_FIFA_2002 http://www.fifa.com/mm/document/fifafacts/mencompw... http://www.fifa.com/worldcup/archive/edition=4395/... http://www.fifa.com/worldcup/archive/edition=4395/... http://www.fifa.com/worldcup/archive/edition=4395/... http://www.fifa.com/worldcup/archive/edition=4395/... http://www.fifa.com/worldcup/archive/edition=4395/... http://www.fifa.com/worldcup/archive/edition=4395/... http://www.fifa.com/worldcup/archive/edition=4395/... http://www.fifa.com/worldcup/archive/edition=4395/... http://www.fifa.com/worldcup/archive/edition=4395/...